May 15, 2011

Thank You Teacher

First of all,terima kasih,cikgu...ungkapan paling sukar untuk diucapkan kepada seseorang yang telah penat lelah mengajar kita.Selama firdaus belajar,banyak cikgu2 yang telah tunjuk ajar kepada firdaus...memang sukar nak dapat ilmu kalau tidak daripada guru
...siapa sanggup baca buku tebal2 dan menjadi lebih mudah kalau ada guru yang mengajar ilmu dalam buku2 yang tebal.Oleh itu,firdaus rasa bersyukur sangat kerana wujudnya insan masih ingin berbakti untuk anak bangsa.Banyak perkara cikgu telah luahkan kepada kita semua,banyak juga perkara yang bermanfaat kita perolehi daripada kesungguhan guru mengajar.Jika tidak wujud insan bernama GURU@CIKGU,agak2nya boleh majukah sesebuah institusi masyarakat???Kalau soalan ini dituju kepada firdaus pun,firdaus tetap cakap TIDAK...

Siapa sangka insan yang bernama GURU boleh mendidik firdaus sehingga cemerlang dalam UPSR,PMR dan SPM.firdaus tidak pernah menyatakan semua kejayaan itu hasil dari kesungguhan firdaus tetapi kejayaan itu hasil dari keberkatan seorang GURU.Guru ini umpama sebuah lilin yang menerangi kegelapan yang sepi(perumpamaan paling smart).firdaus harap GURU2 diseluruh dunia ini terus mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.



Firdaus bermula berguru sejak tadika lagi.firdaus cuba senaraikan tempat pengajian yang lepas.


  1. Tadika Linden,Sitiawan,Perak(1998-1999)
  2. SK Methodist (A.C.S),Sitiawan,Perak(2000-2005)
  3. Madrasah Idrisiah,Kuala Kangsar,Perak(2006-2008)
  4. Kolej Islam Sultan Alam Shah,Klang,Selangor(2009-2010)
  5. PLKN Kem Sentosa,Chenderiang,Tapah,Perak(2011)
  6. Universiti(x konfem lagi)
Cukup Indah semasa berguru,banyak kenangan manis yang terlakar dalam memori.Kalau boleh nak patah balik ke masa yang lampau dan kemudian ucap terima kasih sekali lagi kepada guru.Firdaus pun happy dapat cemerlang di sekolah,semua guru seronok tengok result pelajar2nya yang cantik(including me).Walaupun masa UPSR,firdaus tidak cukup menyerlah tapi semasa PMR,firdaus berjaya all out semua effort.Then berjaya skor 9A.Memang bersyukur sangat.Cikgu2 lagi terkejut tengok result yang superb lagi bergaya(saje2 kasi bunga ayat).Tiba waktu SPM paling best.firdaus tak jangkalah boleh dapat result gempaq2 tapi dah rezeki.Allahamdulillah,firdaus berjaya dapat 11A(8A+ dan 3A).Memang sukar nak percaya,tapi rasa nak menangis saja hari itu.hahahahha.Rupa2nya Mak firdaus di rumah yang menangis.Semua saudara-mara di kampung pun menangis.Macam menang award la pulak padahal result SPM je...

Pengalaman paling best dengan guru ialah masa firdaus jumpa bekas ustaz yang ajar firdaus.Baru2 ini,firdaus jumpa ustaz ni di pasar khamis(masa tu hari khamis,aku hentam je).Nama ustaz ni Ustaz Yusoff.Ustaz ni ajar firdaus sejak dari tadika sehingga darjah 6 di Sekolah Agama Rakyat(SAR) Adiniyyah,Sitiawan.Firdaus ingat lagi,firdaus adalah pelajar paling teruk sekali di SAR.Tapi ustaz ni paling respect firdaus walaupun firdaus paling tak pandai di SAR.Ada sekali,Ustaz ni paksa masuk pertandingan Azan peringkat antara sekolah2 agama."Aku rasa suara aku paling tak sedap!!!"hati aku berkata.....tapi kalah jugak...ok2 sambung cerita di pasar khamis tadi.Ustaz tu tanya firdaus dapat berapa dalam SPM,dengan hati yang selamba ini berkata"saya dapat 11A je,ustaz"...Ustaz Yusoff dengan serta merta peluk firdaus dengan erat,pelukan dia macam dah lama tak jumpa(padahal mmg dh lama tak jumpa).Firdaus nampak kilauan air mata ustaz mengalir turun di pipinya.Ustaz tu cakap dia bangga dengan firdaus walaupun dulu firdaus seorang yang nakal dan degil.

Kesimpulannya,semua yang kita perolehi daripada guru tetap akan menjadi manfaat kepada kita,Walaupun kita tidak dapat manfaatnya sekarang,insyaAllah.Kita akan dapat keuntungannya pada masa akan datang.akhir kata:-

SELAMAT HARI GURU

2 comments:

  1. "including me"....poyo giler...haha...anyways, it's a bit touching. Nice :)

    ReplyDelete
  2. dh biasa kena title "POYO"...hehehhe....anyways,thanks for comment...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...