April 20, 2011

Diari PLKN(FINISHED)

Aduh,firdaus selalu je buzy dgn kerja.Tiada masa nak tulis blog.Kali ni,biar firdaus habiskan cerita pasal PLKN.OK2,selapas sahaja tamat kelas pembinaan karakter(CB),Kami terus pindah ke kelas Budaya Kerja.Kelas ini lebih menumpukan tentang cara budaya bekerja dalam sesebuah organisasi awam atau swasta.Oleh itu,Pelatih PLKN didedahkan dengan cara2 menemuduga,pergi temuduga,nilai2 semasa kerja,matlamat yang perlu dicapai semasa kerja dan jenis2 sifat pekerja yang baik.Benda ni nampak je simple,tapi sangat membantu.Kalau nak tahu kena apply PLKN...=)


Lepas itu,Pergi ke kelas kenegaraan pulak.Kelas ni memang membosankan bagi orang tidak minat sejarah.Tapi orang macam firdaus ni senang je nak faham.Topik dalam kelas ini lebih mendedahkan tentang sistem kerajaan,proses mengundi,susunan pentadbiran,cara2 mewujudkan diplomatik,merancang sebuah negara yang ideal dan yang penting sekali cara kita menghargai keAmanan.Firdaus asyik tersenyum masa cikgu kelas kenegaraan menasihat cara menghargai keamanan dengan menyokong kerajaan yang sedia ada.kalau tak bukann Barisan Nasional(BN).Firdaus adalah orang yang open minded,so tidak kisah parti mana2 pun tapi biarlah rahsia.

Fuuhhh!!!!!!!!!,1 bulan setengah duduk dalam kelas je.Macam2 kelas dalam PLKN,kelas pembinaan karakter,kelas budaya kerja dan kelas kenegaraan.Sekarang dah masuk fasa ke2,Modul aktiviti lasak,ini yang firdaus sudah lama nntikan.Aktiviti Lasak memang seronok dan mencabar.Antaranya,Jungle Trekking,Flying Fox,Mapping and Navigation,Kayak,Berrakit,aktiviti mencari dan menyelamat,kawad kaki dan tempur tanpa senjata.Kalau firdaus fikirkan semua aktiviti dalam PLKN sahaja dah berkos tinggi.kalau pakai duit sendiri,confirm pokai(duit habis).Nasib Baik,Kerajaan membazir bermurah hati buat program macam ini.



Aktiviti Yang paling pelik dan sangat tidak mencabar,aktiviti WIRAJAYA....Dalam aktiviti ini,ada membina khemah gunakan ponco,cari makanan dalam hutan dari tumbuh2an,mencari dan menyelamat mangsa dan membuat jerat.Firdaus terlibat dengan kumpulan buat jerat.Memang best buat jerat.Jenis jerat yang senang buat jerat ayam hutan la....kalau orang tak pernah duduk kampung memang tidak tahu.Kesian siapa yang duduk Bandar.

Last Day,Majlis Penyerahan Pangkat dan Penutup.Hari itu,semua yang berjawatan dilucutkan jawatan.Wira dan Wirawati terbaik diumumkan pada hari itu jugak.Beruntunglah siapa dapat wira terbaik.Firdaus dapat anugerah Imam Terbaik sahaja(Lantik diri sendiri).Tapi pada hari itu memang best sebab dapat ambik gambar ramai2...Malam Pulak,ada Makan Malam Terakhir dan Persembahan Pelatih,Memang puas makan....Walaupun tak cukup,tapi makan sama2 dgn kawan buat makanan yang tak sedap terus jadi sedap.

Harap boleh pergi lagi PLKN,Tapi firdaus memang tak nak masuk PLKN.Banyak benda berfaedah boleh buat dari duduk di PLKN.So,Ini sahaja yang boleh share.Harap2 Membantu....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...