December 28, 2010

Memandu Kereta itu BerGaYa???




"Cepatlah masuk gear 3!,itu pun tidak tahu ke?,".kata2 ni pasti akan dicakap oleh pengawas ujian memandu.hahahaha.sedar tidak sedar dah tua rasanya.umur pun sudah mencapai 18 tahun,tapi rasa diri macam budak kecil lagi.Semua benda sudah kena buat sendiri.Sudah cukup umur,takkan nak duduk rumah saja,Mesti la nak cuba pandu kereta yang ada di rumah.

Pada 27.12.2010,firdaus sudah daftar ujian memandu.Jumlah Keseluruhan yuran ujian memandu cuma RM755.00.Kira murah la jika nak dibandingkan dengan Selangor atau Kuala Lumpur.2 jan 2011 sudah kena pergi ceramah pasal benda ni la.Sudah la 5 jam kena dengar ceramah ni.Kalau Tazkirah dalam Masjid dalam 30 minit je,dah boleh tidur.Apatah lagi 5 jam.Mesti Minta Maaf awal2 la dengan penceramah tu.hahahaha.

Baru2 ni,firdaus baru cuba pandu kereta Proton Saga(Manual).Mula2 nampak saja macam susah,tapi dah beberapa kali cuba,rasa seronok campur gembira pun ada.Kira dah boleh buat Drift!!!Lepas ni boleh berlakon dalam cerita KL Drift.

Tauke Tempat ujian memandu bagi firdaus 1 buku semasa pembayaran yuran,"tauke,ini buku apa?"firdaus berkata.Tauke menjawab"haiya,ini buku lu kasi study la,nanti senang pass ujian komputer!".firdaus pun kebingungan.Soalan Spm punya la susah nak bocor.Tapi Soalan ujian memandu dah bocor awal2 lagi.Siap boleh buat buku lagi.hahahaha.Pelik sungguh,tapi itu la hakikatnya.Sudah la ada 500 soalan serta jawapan.Agak2nya bila boleh habis???

Kepada Sahabat2 yang di luar sana,Kalau boleh semangat la sikit masa belajar memandu kereta.Mesti lulus ujian komputer,kalau tidak,habis la duit nanti.asyik gagal je.Soalan dah bocor,takkan itu pun malas lagi.Kalau rasa sudah hebat pandu kereta pun,jangan la bawak laju2.INGAT!!!!ingat orang tersayang,Biar lambat,asal jiwa selamat.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...