September 3, 2010

Salam Ramadhan


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


D
ari Hadis ini,kita dapat mengetahui betapa banyaknya rahmat dan nikmat telah Allah kurniaan kepada kita.Salah satunya,Keampunan di bulan ramadhan,Lailatul Qadar,Nikmat berbuka puasa,Qiamulail dan banyak lagi.Seharusnya kita rasa bertuah dan bersyukur kerana dapt menjalan ibadah puasa dengan lancar.Kalau nak buka puasa boleh,nak tahajud boleh,nak solat terawih samapi 20 rakaat pun boleh.Cuma niat dan usaha kita saja yang menentukan keinginan kita untuk melakukannya.Cuba kita bayangkan orang kurang upaya(OKU),orang cacat,mangsa bencana alam di Pakistan dan rakyat palestin yang mempunyai seribu satu masalah untuk menunaikan ibadah bulan ramadhan dengan baik.Sekali lagi,memang patut pun kita sedar dan buka mata kita serta hati untuk lebih kita mendekatkan diri kepada Allah taala.Seperti mana Ayat Al-Quran"Aku telah menciptakan manusia dan jin dengan tujuan untuk beribadat kepadaku".Manusia memang tidak boleh lari dari fitrah manusia iaitu sering mencari petunjuk atau Allah jika ditimpa masalah dan beriman kepada sang pencipta.Sempena Ramdhan kali ini,Saya mendoakan orang yang membaca update ini semoga diberkati Allah dan mendapat manfaat daripada update ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...